awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Muhammad V sumbang RM1 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP

Bernama
Bernama
04/06/2021
01:45 MYT
Sultan Muhammad V sumbang RM1 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP
Sultan Muhammad V mengajak seluruh rakyat terus mendisiplinkan diri dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan pusat mahupun negeri supaya dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan sumbangan RM1 juta khusus bagi membantu golongan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata sumbangan RM1 juta itu menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MAIK bagi tujuan program bersama baginda sepanjang Ramadan.
“Menerusi sumbangan yang dikurniakan itu, baginda benar-benar berharap agar ia memberikan kegembiraan kepada asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, baginda bertitah menzahirkan kebimbangan dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di Kelantan.
“Baginda turut menzahirkan rasa dukacita apabila fasiliti kesihatan dilaporkan kritikal dengan pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang mana 17 pusat dibuka di negeri ini,” katanya.
“Baginda juga mengajak seluruh rakyat terus mendisiplinkan diri dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan pusat mahupun negeri supaya dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 dan pada masa yang sama tidak berlakunya pertambahan kluster baharu di Kelantan,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#PKRC
#sumbangan
#golongan asnaf
#perintah kawalan pergerakan
#jangkitan
#Sultan Kelantan
#pandemik
#pelajar
#Sultan Muhammad V
#program Ramadan
#anak yatim
#pelajar tahfiz
#golongan memerlukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan