awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Perak, Putera Charles hayati karya seni Islam

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
03/11/2017
04:32 MYT
Sultan Perak, Putera Charles hayati karya seni Islam
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Prince of Wales Putera Charles ketika lawatan di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini. -Bernama
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Prince of Wales, Putera Charles berangkat melawat ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall ke Malaysia sempena ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia-UK.
Sultan Nazrin dan Putera Charles berkenan melawat galeri utama yang menempatkan koleksi seni bina masjid dari serata dunia dan seni khat.
Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah helaian Al-Quran yang ditulis pada velum atau kulit anak lembu dan kambing dari abad ke 7 hingga 10 Masihi.
Sultan Perak dan Putera Charles kemudian berangkat ke ruang legar Muzium Kesenian Islam untuk bertukar cenderamata dan melihat koleksi dari The Prince’s School of Traditional Arts.
Sultan Nazrin dan Putera Charles turut berkenan bertemu dif-dif kehormat termasuk Pengarah Urusan Khanazah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.
Ini adalah lawatan pertama Putera Charles dan Camilla ke Malaysia.
Kedua pasangan diraja ini akan melawat Perak, Sarawak dan Pulau Pinang selepas Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Duchess of Cornwall
#Muzium Kesenian Islam
#Prince of Wales
#Putera Charles
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan