awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan terima menghadap Anwar Ibrahim

Bernama
Bernama
31/05/2018
12:24 MYT
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Anwar Ibrahim
Pertemuan secara tertutup yang berlangsung selama kira-kira sejam setengah itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan di sini.
Pertemuan secara tertutup yang berlangsung selama kira-kira sejam setengah itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Terdahulu kenderaan yang membawa Anwar dilihat memasuki perkarangan istana pada kira-kira 10 pagi.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita semasa dalam perjalanan keluar, Anwar berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Mohamed Azmin yang telah memegang jawatan sebagai menteri kabinet.
"Kita ada bincang mengenai soal itu, perkara ini hampir selesai," katanya.
Ketika ditanya tentang calon yang berpotensi untuk menggantikan Mohamed Azmin, dalam nada bergurau Anwar menjawab: "Senarai calon terlalu banyak, banyak puluh".
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Ketua Umum PKR
#PKR
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan