SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Sultan Selangor bertitah ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab, dan ingatan baginda ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik.
"Malah beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai, bagi mengelakkan kenyataan beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.
"Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan, kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri," titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang, dekat sini hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau mufti, setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri, selain Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah MKI juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan hukum, setelah perbincangan dengan mufti dari setiap negeri diadakan dan mendapat perkenaan dari Majlis Raja-Raja.
Baginda bertitah sesuatu fatwa yang dikeluarkan, bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang mufti sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli sama ada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri, yang terdiri daripada alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.
"Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam, baginda mengambil inisiatif untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi menasihati semua pihak, terutama orang-orang politik termasuk pemimpin-pemimpin politik, untuk sama-sama memikirkan langkah bagi mengharmonikan dan menyatupadukan rakyat kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai, yang mana jika diberi maklumat yang salah dan tidak tepat, akan mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.
"Ini berikutan baru-baru ini, kedengaran segolongan masyarakat di negara ini menyuarakan rungutan dan kebimbangan mereka terhadap perpecahan di dalam perpaduan dan keharmonian kaum, dan mereka menggesa agar tindakan segera diambil untuk menangani isu yang telah membuahkan bibit-bibit perpecahan yang semakin ketara, sejak kebelakangan ini.
"Berikutan dengan itu terdapat golongan yang telah memohon agar Raja-Raja Melayu bertindak untuk campur tangan menerusi apa jua ruang yang sah di sisi undang-undang, untuk memayungi keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat," titah baginda.
Baginda juga menyeru pihak polis agar mengambil tindakan yang pro aktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.
"Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini, kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia.
Raja-Raja Melayu pula berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.
Sultan Selangor bertitah negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
Baginda bertitah polarisasi yang melampau akan membawa kepada implikasi melahirkan unsur radikalisme dan ekstremisme di dalam masyarakat, sehingga boleh mengancam keselamatan negara.
"Pemimpin dan orang-orang politik seharusnya memupuk semangat perpaduan yang tinggi di dalam kehidupan pelbagai kaum, oleh kerana semua kaum di negara ini memainkan peranan penting di dalam pembangunan budaya dan ekonomi negara.
"Sebarang batas pemisah dan perbezaan antara kaum dan agama seharusnya diatasi dengan usaha-usaha mengadakan pelbagai program bagi merapatkan jurang pemisah, demi mengelakkan sebarang parasangka buruk yang telah sedia ada," titah baginda.
Sultan Selangor bertitah generasi muda pewaris bangsa seharusnya ditanam dengan semangat untuk bertolak-ansur dan memahami budaya serta agama pelbagai kaum yang diamalkan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. - BERNAMA
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
MKI bincang penggunaan kalimah Allah - Sultan Selangor
MKI hari ini membincangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif.
Sultan Selangor berkenan rasmi Hospital Cyberjaya
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya terletak dalam daerah Sepang yang dibina dengan kos kira-kira RM508.8 juta.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini.
Tanah runtuh Batang Kali: Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.
Sultan Selangor kesal ceramah politik di Masjid
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan tindakan nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah berunsur politik diadakan di masjid.