Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji supaya tidak menyebarkan berita dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial.
Sultan Selangor bertitah perbuatan itu hanya akan merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi jemaah haji.
"Tuan-tuan dan puan-puan harus bersyukur dengan adanya sebuah badan seperti Tabung Haji yang menjaga kebajikan jemaah haji negara, dan sekiranya ada sebarang kekurangan, berbincanglah dengan pegawai -pegawai Tabung Haji secara baik.
"Jangan mudah menyebar berita dan ketidakpuasan hati di media-media sosial," titah baginda pada majlis penutup Kursus Perdana Haji 2019 peringkat Selangor di Masjid Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Zukri Samat.
Sultan Selangor turut memuji TH di atas kesungguhan agensi itu dalam memastikan kebajikan jemaah haji negara sentiasa terpelihara.
"Setiap tahun, perkhidmatan dan prasarana yang disediakan bertaraf dunia dan diiktiraf sebagai yang terbaik," titah baginda.
Baginda menyeru jemaah haji supaya sentiasa berhubung dengan pekerja haji dan mengikuti segala arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Lembaga TH.
Sultan Selangor turut menasihatkan jemaah haji agar bersabar dengan segala kepayahan dan dugaan yang mungkin akan dilalui terutama ketika berada di padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Jemaah haji juga diingatkan supaya mengekalkan disiplin diri dan menjaga nama baik Selangor dan Malaysia.
"Haji adalah satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan tentang ibadat haji yang jelas.
" Justeru beta ingin menasihati tuan-tuan dan puan-puan untuk mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya, bersihkan niat dan gunakanlah sepenuh masa serta tenaga melaksanakan amal ibadah agar beroleh haji yang mabrur," titah baginda.
Sultan Selangor turut mengingatkan jemaah haji supaya berganding bahu, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Titah baginda, jemaah haji perlu mengelakkan diri dari bertengkar, bergaduh dan melakukan perkara yang boleh menimbulkan kekecohan, supaya ibadat haji yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Terdahulu, seramai 5,500 jemaah haji dari Selangor menyertai kursus itu di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019
Sultan Selangor bertitah perbuatan itu hanya akan merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi jemaah haji.- Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi
Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam mengesahkan bahawa kematian tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk strok haba.