awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq

Bernama
Bernama
21/03/2019
04:36 MYT
Sultan Selangor, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq
"Beta berharap tragedi seumpama ini tidak akan berulang dan semoga semua umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati," titah baginda. - Gambar fail/BERNAMA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan antara 50 orang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa amat dukacita dengan tragedi serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch itu yang turut menyebabkan tiga rakyat Malaysia cedera.
"Beta mendoakan semua mangsa yang terjejas dengan tragedi ini akan kembali pulih dan sembuh seperti sediakala.
"Beta juga berharap tragedi seumpama ini tidak akan berulang dan semoga semua umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati," titah baginda dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook rasmi Royal Selangor Office hari ini.
BACA: Tragedi Christchurch: Wisma Putra sahkan kematian Haziq
Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq, 17, terbunuh dalam serangan itu, manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib serta dua lagi rakyat Malaysia, Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad mengalami kecederaan dan menerima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#laman sosial
#Malaysia
#Muhammad Haziq
#New Zealand
#rakyat Malaysia
#serangan
#serangan pengganas Christchurch
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Tengku Permaisuri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan