awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna

Bernama
Bernama
23/02/2017
04:45 MYT
Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna
Jawatankuasa masjid seluruh Selangor diminta supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan masing-masing dan tidak menyalahgunakan kenderaan itu. - Gambar fail
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu anggota jawatankuasa kariah atau jawatankuasa masjid seluruh Selangor diminta supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan masing-masing dan tidak menyalahgunakan kenderaan itu.
"Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah guna selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tiada kena mengena dengan urusan pengendali jenazah.
"Perbuatan tersebut hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya. Mohd Munir berkata pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di Selangor hendaklah mengambil maklum dan mematuhi titah baginda itu. --
BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan jenazah
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan