awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Jamali Shadat

Bernama
Bernama
04/02/2021
16:16 MYT
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Jamali Shadat
Sultan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Jamali Shadat. - Facebook/@selangorroyaloffice
SHAH ALAM:Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham pelawak komediri veteran, Datuk Jamali Shadat.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, baginda berdua berharap keluarga Allahyarham terus tabah dan reda selain mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan bersama para solihin.
Menurut hantaran itu, Allahyarham yang merupakan anak jati Bukit Kapar, Klang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti dalam bidang seni serta meninggalkan legasi membanggakan untuk diteladani generasi baharu.
Jamali meninggal dunia semalam di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Pelabuhan Klang pada umur 78 tahun.
BACA: Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia
Allahyarham merupakan pelawak komediri terkenal pada era 1970-an yang berbakat dalam melontarkan suara membawa watak 'Atan' dan datuknya 'Atok' serta rakan kanak-kanak itu dalam nada berbeza mengikut bahasa slanga rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Selangor
#Jamali Shadat
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Klang
#meninggal dunia
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan