KUALA NERUS: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang, khususnya dari segi kemajuan digital dan pembangunan sosial, dalam acuan dan sistem pendidikan institusi itu.
Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UnisZA bertitah anak muda hari ini dilihat mengalami kecanduan atau ketagihan terhadap skrin dan alam meta sehingga menyebabkan mereka tenggelam dalam dunia sendiri.
Justeru, baginda bertitah usaha membebaskan anak muda daripada penjara maya kepada merdeka jiwa, mandiri peribadi dan teguh iman perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan keruntuhan nilai.
"Kecanduan terhadap alam maya ini boleh menyebabkan keruntuhan nilai. Oleh itu, beta berharap UniSZA akan memastikan pendigitalan universiti yang dilaksanakan seiring dengan pembangunan sosial mahasiswa," titah baginda pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali ke-15 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Sultanah Nur Zahirah turut merakamkan ucapan tahniah kepada UniSZA kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok 1,500 Times Higher Education World University Ranking tahun ini.
Sehubungan itu, baginda menitahkan barisan lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan akademik UniSZA agar terus memperkasa universiti itu bagi mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
Seramai 3,608 graduan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bakal menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen selama empat hari, bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan titah pada Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin ke-15 hari ini.- Foto Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.
Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.
Kes fitnah Rewcastle-Brown kekal didengar di Mahkamah Kuala Terengganu
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
1MDB: Rewcastle-Brown akan dapat perbicaraan adil, tiada campur tangan istana - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi diberitahu Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan fitnah Sultanah Terengganu akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya kes itu dijalankan di Terengganu.
1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu
Jabatan Peguam Negara menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.
Keputusan kes saman fitnah Sultanah Terengganu pada 31 Okt
Keputusan kes saman Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report
Perbicaraan kes saman fitnah Sultanah Terengganu bermula 1 Ogos
Saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.
Polis sedang mengesan Clare Rewcastle-Brown
PDRM sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.