awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Golok melimpah, penduduk mula pindahkan barangan

Bernama
Bernama
27/12/2023
09:47 MYT
Sungai Golok melimpah, penduduk mula pindahkan barangan
Lebih 3,000 penduduk daripada 10 kampung di sekitar jajahan Tumpat mula membuat persiapan awal termasuk memindahkan barang ke tempat tinggi berikutan limpahan air Sungai Golok sejak semalam. - BERNAMA
TUMPAT: Lebih 3,000 penduduk daripada 10 kampung di sekitar jajahan Tumpat mula membuat persiapan awal termasuk memindahkan barang ke tempat tinggi berikutan limpahan air Sungai Golok sejak semalam.
Che Rasmah Wan Senik, 40, dari Kampung Kajang Sebidang berkata beliau terpaksa meminta pulang awal daripada majikannya berikutan bimbang keadaan rumah telah dinaiki air.
"Ketika saya keluar rumah 7 pagi tadi kawasan kediaman masih belum dinaiki air.
"Tetapi pada 9 pagi suami telefon beritahu air di halaman rumah sudah penuh dan memasuki rumah, saya bergegas pulang menyimpan barangan penting risau sekiranya air naik berterusan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati antara kawasan yang mula terkesan limpahan air Sungai Golok ialah Kampung Kajang Sebidang, Palas, Bendang Pak Yong, Kubang Sawa, Chenerong Siam dan Kuala Jambu menyebabkan beberapa lokasi tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Bagi Fatimah Mat Hassan, 47, beliau bersama keluarga telah keluar ke bandar untuk membeli barangan keperluan setelah air mula memenuhi Kampung Kajang Sebidang.
"Sejak semalam penduduk kampung telah membuat persiapan seperti mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi kerana limpahan air Sungai Golok masuk ke kawasan kampung kami dengan cepat.
"Sekarang ini rata-rata penduduk melakukan urusan ke bandar menggunakan bot berikutan kampung kami seperti pulau," katanya yang membeli barangan keperluan untuk tempoh seminggu.
Turut senada Siti Amira Syafika Mazlan, 25, yang memberitahu beliau berulang-alik keluar ke pasar berhampiran mencari makanan untuk bekalan ketika banjir.
"Awal pagi tadi saya mengalihkan kereta ke tempat selamat di Kampung Teluk Jering tetapi air semakin menghampiri lokasi itu menyebabkan (kereta) sekali lagi dialihkan ke kampung lain.
"Rumah saya di Kampung Kajang Sebidang memang sering terjejas banjir namun kami empat beranak tidak berpindah sebaliknya menumpang rumah saudara yang dibina agak tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#melimpah
#banjir kelantan
#pindah barang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan