PJ Half Marathon 2026 dibatalkan gara-gara bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mungkin akan terus meningkat dalam tempoh 24 jam ini.
Bagi penganjur, keselamatan dan kesihatan masyarakat menjadi keutamaan ketika catatan IPU di Kuala Lumpur pada malam ini adalah sekitar 180.
Situasi jerebu ini sudah dianggap tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan peserta, sukarelawan, kakitangan dan sesiapa yang terlibat dalam acara ini.
Biarpun dibatalkan, namun peserta yang masih ingin meneruskan hasrat larian esok dibenarkan untuk menggunakan kemudahan setakat 5km.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com