Lembah Klang berdepan krisis air antara paling teruk apabila hampir sejuta pengguna air di tujuh wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor SDN BHD (SYABAS), terputus bekalan air selama beberapa hari bermula 30 Ogos lalu.

Pencemaran sungai yang sering dikaitkan dengan pembuangan domestik dan sisa buangan perkilangan bukan sahaja menjejaskan eko-sistem sungai, malah boleh menggugat kelestarian sumber bekalan air negara.

Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa ada satu lagi sumber pencemaran yang bukan sahaja boleh memberi kesan kepada alam sekitar, malah manusia.

AWANI745 hari ini telah mendapatkan pandangan daripada Pengarah Pusat Kajian Sungai Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, (NAHRIM) Dr Nasehir Khan E.M Yahya serta Perunding Alam Sekitar, Amlir Ayat bagi membincangkan isu ini.