MELAKA: Sungai Melaka di Batu Hampar di sini melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada jam 9 pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://publicinfobanjir.water.gov.my/.
Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada di paras 3.26 meter dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 meter), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 meter dan 1.38 meter.
Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 meter (paras berjaga-jaga 0.50 meter).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
BACA: Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri - MetMalaysia
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.
Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Sungai Melaka di Batu Hampar melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada jam 9 pagi ini. - Gambar hiasan

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.

Monsun Timur Laut: 89 daerah dikenal pasti 'hotspot' banjir - Armizan
Nadma diarah meningkatkan kesiapsiagaan di 89 daerah yang berisiko tinggi dilanda banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Banjir landa dua kampung di Limbang, 62 keluarga terjejas
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di kawasan pedalaman Sarawak.

Banjir: Anggota pasukan SAR Greece antara 7 maut dalam nahas di Libya
Anggota tersebut sedang menuju ke Derna apabila bas yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta.

Angka kematian akibat banjir dijangka cecah 20,000 di Derna, Libya
Angka kematian akibat banjir besar yang melanda timur Libya dijangka mencecah 20,000 di bandar Derna sahaja, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Banjir: Doktor Tanpa Sempadan hantar pasukan kecemasan ke Libya
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Rabu berkata pertubuhan bantuan itu menghantar pasukan kecemasan ke Libya susulan ribut dahsyat yang mengorbankan ribuan nyawa di timur negara itu.

Angka kematian akibat banjir di Libya meningkat ke lebih 5,300
Banjir besar yang bergerak seperti tsunami melanda Derna pada Ahad selepas sebuah empangan pecah akibat Taufan Daniel.

Banjir: Lebih 70 ekor buaya terlepas di China
Lebih 70 ekor buaya melarikan diri dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir teruk, lapor pihak berkuasa.

RMK12: Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan hujung tahun ini - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan bencana banjir dan tanah runtuh yang sering kali berlaku.

RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).