awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan vaksin untuk golongan remaja di Pulau Pinang bermula esok - Chow

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/09/2021
08:26 MYT
Suntikan vaksin untuk golongan remaja di Pulau Pinang bermula esok - Chow
Bermula esok, golongan remaja berusia bawah 18 tahun di Pulau Pinang boleh mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Bermula esok, golongan remaja berusia bawah 18 tahun di Pulau Pinang boleh mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang tetapi berasrama penuh di luar negeri itu.
“Janji temu para pelajar berkaitan akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, dan ibu bapa, waris atau penjaga perlu hadir bersama,” katanya.
"Mereka dinasihatkan supaya membawa dokumen berkaitan terutamanya Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 bagi memastikan proses vaksinasi berjalan dengan lancar,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Chow berkata, sesi vaksinasi membabitkan pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun tanpa komorbid akan dijalankan di enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu bermula Khamis ini.
Enam PPV tersebut ialah PPV SPICE Convention Centre, PPV Tapak Ekspo Seberang Jaya, PPV Vangohh Eminent Hotel, PPV Dewan Perda Convention Centre, PPV Dewan Millenium dan PPV Dewan Serbaguna Sungai Bakap.
“Kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dengan komorbid pula, janji temu vaksinasi akan dijalankan di hospital-hospital terdekat,” ujar Chow.
Katanya, semua makluman berhubung janji temu bagi golongan remaja tanpa komorbid dan dengan komorbid juga akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera.
Topic Berkaitan
#vaksin remaja
#suntikan vaksin
#pulau pinang
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Ketua Menteri
#Chow Kon Yeow
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan