awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Superman' dicekup dalam perjalanan berbuka puasa

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2022
22:40 MYT
'Superman' dicekup dalam perjalanan berbuka puasa
Aksi berbahaya sekumpulan samseng jalanan ketika dalam perjalanan berbuka puasa di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Nadzri
SHAH ALAM: Lagak berbahaya sekumpulan samseng jalanan ketika dalam perjalanan untuk berbuka puasa terbantut selepas dicekup polis di Lebuh Raya Kota Bharu-Ketereh di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 6.35 petang itu bertindak menahan sembilan penunggang motosikal terbabit.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi 'superman', menundukkan badan, 'zig-zag' dan bersaing sesama sendiri.
"Aksi itu jelas membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.
"Kesemua penunggang itu dipercayai dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu untuk berbuka puasa," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Honda EX5 dan Honda C70 berkenaan telah disita manakala penunggang berusia 16 hingga 26 tahun terbabit kini direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam perkembangan lain, pada hari yang sama, seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun turut ditahan di Kota Bharu kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Tambah Mohd Nadzri, operasi pada jam 7.40 petang itu juga telah bertindak menahan tujuh penunggang motosikal atas kesalahan tidak memiliki lesen.
"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#Mohd Nadzri Hussain
#dalam perjalanan untuk berbuka puasa
#aksi 'superman'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan