awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat pengesahan PM kepada WSJ langkah awal yang penting - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2015
13:20 MYT
Surat pengesahan PM kepada WSJ langkah awal yang penting - Khairy
KHAIRY: Tindakan yang diambil adalah penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat.
Surat meminta pengesahan yang dihantar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada The Wall Street Journal (WSJ) menerusi peguamnya berhubung laporan akhbar berkenaan merupakan langkah awal yang penting.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata surat berkenaan membolehkan WSJ menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh akhbar terbabit menerusi artikel terbitannya.
Menurutnya, ia adalah langkah awal untuk mengetahui dengan jelas maksud WSJ sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
“Sekiranya tuduhan tersebut adalah bahawa duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, beliau sendiri telah menafikan. Sekiranya itulah yang akan dijelaskan oleh pihak WSJ, itulah maksud artikel tersebut.
“Saya yakin Perdana Menteri akan teruskan dengan tindakan saman,” kata Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Gong Badak di Kuala Nerus.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Johari Abu Bakar.
Khairy Jamaluddin berkata tindakan yang diambil adalah penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat.
“Antara langkah lain yang dilakukan ialah untuk kita dapatkan hasil siasatan yang terperinci daripada task force yang telah ditubuhkan iaitu melibatkan peguam negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.
“Saya yakin bahawa kedua-dua langkah ini sangat penting untuk kita mendapat satu gamabaran yang lebih jelas berkenaan dengan kebenaran,” ujar Khairy Jamaluddin.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Khairy Jamaluddin
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Wall Street Journal
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan