awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surirumah dituduh tipu individu dapatkan emas lelong

Bernama
Bernama
08/08/2024
09:35 MYT
Surirumah dituduh tipu individu dapatkan emas lelong
Nuur Thibrani mengaku tidak bersalah menipu seorang individu untuk mendapatkan emas yang kononnya dilelong oleh IPK Pulau Pinang. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Seorang surirumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu untuk mendapatkan emas yang kononnya dilelong oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Nuur Thibrani Mohamed Ibrahim, 35, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.
Mengikut kertas pertuduhan, Nuur Thibrani telah memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa dia berupaya mendapatkan emas yang kononnya dilelong oleh IPK Pulau Pinang, dan dengan curangnya mendorong seorang wanita berumur 53 tahun itu menyerahkan wang berjumlah RM116,256.00 kepada tertuduh.
Mangsa kemudian memasukkan wang ke dalam empat akaun bank yang diberikan oleh tertuduh.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 15 Okt 2023 pada pukul 11.05 pagi hingga 21 Nov 2023, pada 6.58 pagi, di sebuah kolej di pusat bandar Georgetown.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali mencadangkan jaminan RM12,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.
Dalam rayuannya, tertuduh meminta wang jaminan dikurangkan memandangkan dia seorang suri rumah.
Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 12 Sept depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surirumah dituduh menipu
#lelong emas
#IPK Pulau Pinang
#Nuur Thibrani Mohamed Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan