awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2026
09:15 MYT
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
Penemuan mayat mangsa itu dibuat susulan laporan ahli keluarga yang memaklumkan gagal menghubungi wanita berkenaan sejak tiga hari sebelum kejadian. - Gambar fail/Sinar Harian
BATU PAHAT: Suspek lelaki yang disyaki membunuh teman wanitanya sebelum mengelar leher dan pergelangan tangan sendiri di sebuah rumah sewa di Taman Damai II, di sini, Selasa lalu, dilaporkan sudah sedar namun perlukan rawatan rapi.
Lelaki berusia 44 tahun yang juga penganggur itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, keadaan suspek dilaporkan stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.
“Suspek telah sedar tetapi tindak balasnya masih perlahan. Justeru, polis belum dapat merakam keterangannya dan masih menunggu keadaannya pulih bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut beliau, kejadian terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah sewa pada kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu dan menemui seorang wanita berusia 41 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Penemuan mayat mangsa itu dibuat susulan laporan ahli keluarga yang memaklumkan gagal menghubungi wanita berkenaan sejak tiga hari sebelum kejadian.
Sebelum itu, media melaporkan seorang wanita ditemukan maut manakala teman lelakinya cedera parah dengan kesan kelar, apabila kedua-duanya ditemui baring bersebelahan di atas katil dalam sebuah bilik di Taman Damai, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kedua-dua mangsa ditemukan pada jam 12.30 pagi setelah polis bertindak polis memecahkan pintu rumah berkenaan yang didapati berkunci dari dalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih diteruskan. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#suspek bunuh teman wanita
#kelar leher
#Polis Batu Pahat
#sudah sedar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan