awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek dera kanak-kanak perempuan miliki 13 rekod jenayah

Bernama
Bernama
09/06/2023
06:10 MYT
Suspek dera kanak-kanak perempuan miliki 13 rekod jenayah
Mohd Shuhaily berkata kanak-kanak berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di perumahan awam Desa Rejang, Setapak, di sini, memiliki 13 rekod jenayah lampau, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Beliau berkata rekod berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.
"Ibu kanak-kanak itu merupakan seorang mualaf berumur 18 tahun dan telah menetap dengan suspek selama dua bulan.
"Sepanjang tempoh berkenaan, ibu kanak-kanak itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kanak-kanak berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising.
"Hasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain.
"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positifi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
Menurut Mohd Shuhaily motif kejadian sedang disiasat dan berdasarkan pengakuan awal, suspek menyatakan memukul kanak-kanak itu kerana selalu membuat bising.
Beliau berkata Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Peraturan 25(2) Akta Pendaftaran Negara 1959 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam, polis telah menahan lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah pangsapuri di Taman Kepong Indah, di sini.
Berikutan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek dera kanak-kanak
#perumahan awam desa rejang
#13 rekod jenayah lampau
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan