awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek disyaki terlibat kes kematian Datin ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2022
15:56 MYT
Suspek disyaki terlibat kes kematian Datin ditahan
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 petang di pondok tepi jalan, Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis berjaya menahan suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita bergelar Datin di Taman Paroi Jaya di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 petang di pondok tepi jalan, Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson.
"Barang kemas milik si mati turut dirampas daripada lelaki berkenaan.
"Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga Jumaat ini dan polis percaya kes ini dapat diselesaikan susulan penahan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Nanda berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas bergelar Datin ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya.
Justeru, polis mengesan seorang lelaki yang juga suspek utama kes berkenaan dan dia dipercayai individu terakhir yang datang ke rumah mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Datin ditemui mati
#paroi jaya
#pembunuhan datin
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan