awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes samun wanita di Kota Kinabalu dalam video tular ditahan - Polis

Bernama
Bernama
19/02/2024
12:36 MYT
Suspek kes samun wanita di Kota Kinabalu dalam video tular ditahan - Polis
Polis telah menerima laporan mengenai kejadian samun melibatkan wanita itu, yang berlaku pada 6.30 pagi Jumaat, di lorong belakang sebuah bank.
KOTA KINABALU: Seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun seorang wanita berusia 50 tahun yang video kejadian itu tular di media sosial, berjaya ditahan semalam (18 Feb), kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris.
Beliau berkata pada Sabtu lalu (17 Feb), pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian samun melibatkan wanita itu, yang berlaku pada 6.30 pagi Jumaat, di lorong belakang sebuah bank di sini.
"Mangsa bekerja di sebuah bank berdekatan. Mangsa diserang menggunakan sebatang kayu. Mangsa cedera di kepala dan badan serta mengalami kerugian kira-kira RM5,000, termasuk telefon pintar dan wang tunai," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kalsom berkata kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan, dan pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa serta berwaspada dengan setiap pergerakan di sekitar mereka.
Video yang tular itu berdurasi 32 saat menunjukan rakam kamera litar tertutup kejadian tersebut, yang pada awalnya kelihatan mangsa tercampak ke atas jalan, sebelum seorang suspek bertindak memukul mangsa dan merampas beg dibawanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kes samun
#Kota Kinabalu
#wanita disamun
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan