awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tetak, pukul di Puchong miliki rekod jenayah

Bernama
Bernama
25/05/2025
04:30 MYT
Suspek kes tetak, pukul di Puchong miliki rekod jenayah
Polis kini sedang mengesan tiga lelaki tempatan berumur antara 30 dan 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kes pukul dan tetak di sebuah pangsapuri di Taman Puchong semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes pukul dan tetak seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Taman Puchong, Subang Jaya semalam mempunyai rekod jenayah lampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata semakan mendapati, suspek yang mempunyai rekod lampau terbabit itu merupakan bekas suami kepada teman wanita mangsa.
"Usaha mengesan kesemua suspek masih dijalankan dan setakat ini polis telah merekod keterangan daripada tiga individu termasuk teman wanita mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media semalam melaporkan seorang wanita memaklumkan teman lelakinya berusia 47 tahun dipukul serta ditetak di bahagian kepala dan badan oleh bekas suaminya bersama dua lelaki pada 2.15 pagi, disyaki berpunca daripada masalah rumah tangga dan perasaan cemburu.
Susulan itu, polis kini sedang mengesan tiga lelaki tempatan berumur antara 30 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Insp Dinesh Ganasan di talian 011-330 94457 untuk menyalurkan maklumat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tetak
#Puchong
#rekod jenayah lampau
#bekas suami pukul teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami