SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek bagi kes khianat dan bakar beberapa kenderaan di kawasan tempat letak kereta di Bandar Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata lelaki tempatan berumur 53 tahun itu ditahan berhampiran kawasan kejadian pada 5.30 petang, Khamis lepas oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
"Ujian saringan air kencing yang dilaksanakan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin dan punca perbuatan juga masih dalam siasatan polis.
"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan lelaki itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cha berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat menggunakan api, Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, Cha berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 24 tahun pada 2.45 petang, Khamis lepas memaklumkan bahagian hadapan keretanya telah terbakar dan terdapat pihak bomba sedang memadamkan kebakaran di tempat kenderaan berkenaan pada hari yang sama.
"Lanjutan siasatan kami mendapati terdapat lima lagi kenderaan yang lain berada di tempat letak kenderaan itu turut terbakar," katanya.
Cha berkata siasatan lanjut mendapati suspek yang sama dipercayai memecahkan cermin sebuah kenderaan di kawasan lampu isyarat di Lebuh Batu Nilam serta lapan kenderaan lain yang diletakkan berhampiran kawasan itu.
"Setakat ini, 15 kenderaan telah dikhianati dengan cara membakar bonet dan memecahkan cermin dengan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000," katanya.
Dalam pada itu, Cha turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan seorang lelaki bertindak menyimbah sejenis cecair sebelum membakar bahagian bonet hadapan beberapa kenderaan yang dipercayai berlaku di kawasan Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Lelaki tempatan berumur 53 tahun itu ditahan berhampiran kawasan kejadian pada 5.30 petang, Khamis lepas. - Gambar hiasan
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Proton X50 terbakar, dipercayai angkara khianat
Bahagian hadapan rumah tersebut juga terbakar kira-kira lima peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.
Siri kebakaran belukar di Queensland mencurigakan - Polis Australia
Polis Australia sedang menyiasat punca kebakaran belukar di empat lokasi di wilayah Sunshine Coast Queensland sejak dua minggu lalu memandangkan puncanya mencurigakan.
Kerbau mati, siasatan bawah kes khianat - Polis
Hasil siasatan awal menjumpai tong polisterin berisi cecair yang dipercayai telah diminum oleh ternakan tersebut.
Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol disengajakan - Polis
Pasukan polis Guardia Civil sedang menjalankan tiga siasatan ke atas suspek insiden kebakaran itu.
Suspek khianat, bakar kenderaan di Klang ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek bagi kes khianat dan bakar beberapa kenderaan di kawasan tempat letak kereta di Bandar Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri
Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.
Hukuman mati menanti pengkhianat negara di Belarus
Pindaan kepada kanun jenayah negara itu disahkan oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.
Wisma Jakel terbakar: Bomba gerakkan pasukan siasat kebakaran berulang
Pasukan penyiasat bomba telah mengerakkan pasukan bagi menyiasat kebakaran berulang di tingkat 3 bangunan bersebelahan Jakel Shah Alam awal pagi ini.