awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Kerajaan arah percepat pembinaan pusat penempatan sementara
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela
Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek puja tokong akan dibebaskan dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
11/06/2019
05:40 MYT
Suspek puja tokong akan dibebaskan dengan jaminan polis
Nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang yang tular di media sosial baru-baru ini.
Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Tanjung Piandang di sini semalam, akan dibebaskan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan dan permohonan reman ke atas lelaki itu yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini dibatalkan.
Katanya suspek yang berumur 43 tahun dari Tanjung Piandang dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.
"Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Omar Bakhtiar berkata pihaknya telah menahan suspek setelah dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada 5 petang semalam.
Nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang yang tular di media sosial baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dato kong
#nelayan
#PDRM
#polis
#suspek
#Tanjung Piandang
#tokong
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan