awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek utama kes tetak wanita di Klang ditahan

Bernama
Bernama
12/03/2018
15:35 MYT
Suspek utama kes tetak wanita di Klang ditahan
Dalam kejadian Khamis lepas, mangsa dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria. Foto Sinar Harian / Fail
Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya, dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek utama itu adalah antara empat suspek yang ditahan di beberapa lokasi secara berperingkat sejak Jumaat lepas hingga Isnin.
"Suspek utama ditahan hari ini. Turut dirampas daripada kesemua suspek adalah sebuah kereta, sebilah parang dan beberapa telefon bimbit," katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis lepas, mangsa berusia 42 tahun yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.
"Ketika diheret ke kereta, mangsa turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut," katanya.
BACA: Sebab cemburu, suami serbu tempat kerja untuk pukul dan tetak isteri
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima pihaknya, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di luar Lembah Klang oleh dua suspek dan keadaannya dilaporkan stabil.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu yang mempunyai tiga anak tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#bunuh
#cemburu
#Hospital
#Klang
#mangsa
#perkahwinan
#polis
#Shamsul Amar Ramli
#siasatan
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan