awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susu tiruan: Tiada laporan selain Johor, KPDNKK masih tunggu laporan kimia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/12/2017
09:33 MYT
Susu tiruan: Tiada laporan selain Johor, KPDNKK masih tunggu laporan kimia
KPDNKK tidak menerima sebarang laporan susu tiruan di kawasan lain selain di Johor Bahru - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima sebarang laporan susu tiruan di kawasan lain selain dari Johor Bahru.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tiada tindakan lanjut dibuat pihaknya lantaran tiada laporan diterima.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya masih menunggu laporan ujian kimia sampel rampasan yang dibuat pada Khamis lalu di Johor Bahru.
“Kita pun tidak ada terima sebarang laporan daripada pengguna yang anak mereka terkesan dengan susu tiruan.
“Malah, laporan ujian laporan kimia juga belum diterima pihak kami. Mungkin anda boleh hubungi Jabatan Kimia bila nak serahkan laporan,” katanya pada sidang media Pengumuman Kawalan Harga Barang sempena Krisma di sini hari ini.
Justeru, Hamzah menggesa pembeli yang was-was dengan kualiti susu yang dibeli atau memberi kesan kepada kesihatan anak mereka untuk membuat aduan kepada KPDNKK.
Sementara itu, Hamzah menegaskan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesiahatan dalam melakukan penguatkuasaan.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Johor Bahru
#KPDNKK
#susu tiruan
#ujian kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan