awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susur masuk dan keluar Plaza Tol Gambang ditutup sementara sehingga esok

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2023
02:40 MYT
Susur masuk dan keluar Plaza Tol Gambang ditutup sementara sehingga esok
Laluan yang terlibat adalah laluan susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan laluan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-krja Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link (MRL) bermula hari ini (13 September 2023) hingga Khamis.
ANIH Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, laluan yang terlibat adalah laluan susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan laluan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.
"Ia akan bermula 13 hingga 14 September 2023 pada jam 9 malam hingga 6 pagi Khamis. Ia bertujuan untuk kerja-kerja pembinaan jambatan dan yang berkaitan untuk Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link.
"Sebagai laluan alternatif pengguna lebuhraya dari Gambang yang ingin ke Kuantan dinasihatkan untuk menggunakan laluan persekutuan untuk sampai ke destinasi.
"Pengguna lebuhraya dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui persimpangan Sri Jaya," jelasnya.
Semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.
Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik). Untuk kecemasan, hubungi LPT di 1-700-818-700.
Topic Berkaitan
#Pantai Timur
#Plaza Tol Gambang
#Projek ECR
#ditutup sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan