Mayat warga emas yang hilang sejak Ahad lalu ditemui di dalam longkang di hadapan rumahnya di Felda Kerteh 5, di sini, semalam.
Misteri kehilangan Said Samah, 73, terungkai apabila jasadnya ditemui oleh anak perempuannya kira-kira jam 3.50 petang.
Mangsa dilaporkan keluar rumah kira-kira jam 7.30 petang empat hari lepas ketika hujan lebat dan tidak disedari ahli keluarga.
Sebaik sahaja menyedari kehilangan lelaki itu, keluarga berusaha mencari tetapi menemui jalan buntu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari rumahnya di dalam longkang sedalam 0.5 meter.
"Sebelum ini mangsa sering merayau di sekitar kawasan tersebut dan biasanya akan dihantar pulang oleh anggota polis serta orang ramai.
"Bagaimanapun kali ini mangsa tidak ditemui sehinggalah mayatnya dijumpai di dalam longkang," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa, tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
"Mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sinar Harian
Wed Sep 12 2018
Misteri kehilangan Said Samah, 73, terungkai apabila jasadnya ditemui oleh anak perempuannya kira-kira jam 3.50 petang. -Foto Sinar Harian
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Syahdu jumpa mayat ayah dalam longkang
Sebaik sahaja menyedari kehilangan lelaki itu, keluarga berusaha mencari tetapi menemui jalan buntu.