awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat korporat harus ada kebergantungjawaban sosial terhadap pengguna, pekerja

Israr Khalid
Israr Khalid
21/01/2022
06:50 MYT
Syarikat korporat harus ada kebergantungjawaban sosial terhadap pengguna, pekerja
Keuntungan diperoleh syarikat korporat lazimnya tidak dinikmati dengan setimpal oleh setiap lapisan kakitangan yang menggerakkan syarikat itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ketidakseimbangan pengagihan pendapatan dalam syarikat korporat turut menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi apabila wujudnya kuasa membeli yang berat sebelah.
Menurut Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong, kepimpinan syarikat korporat perlu mempunyai rasa tanggungjawab sosial kepada pekerjanya yang akan secara langsung memberi kesan positif kepada ekosistem kepenggunaan secara keseluruhannya.
Berdasarkan pemerhatiannya, ketika ini, sebahagian besar keuntungan syarikat korporat dinikmati lebih oleh pegawai atasannya sementara kebanyakan pekerja hanya memperoleh sebahagian yang lebih sedikit.
“Kita lihat tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengguna berdepan cabaran untuk membayar faedah pinjaman bank tapi pada masa sama kita nampak ramai CEO bank mendapat bonus enam bulan hingga setahun.
“Bila saya tanya mereka yang bertugas di meja hadapan bank, mereka hanya dapat sebulan atau dua bulan sahaja. Jadi kita nampak pendapatan boleh guna (disposable income) itu kurang,” kata beliau memberi pendapat dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.
Ini kerana, bagi Chris, wujud keadaan di mana kapitalisme tidak lagi terkawal yang menyebabkan gaji tidak meningkat seiring kenaikan harga barang.
“Kita lihat pendapatan syarikat korporat naik tiap-tiap tahun kerana pendapatan mereka didorong oleh satu sasaran yang diberi oleh ahli lembaga syarikat kepada ahli pengurusan.
“Tiap-tiap syarikat korporat mensasarkan keuntungan sekian peratus setiap tahun dan maka harga barang makin naik," jelas beliau lagi.
Sehubungan itu, tegasnya, keadaan ini perlu diseimbangkan semula agar pendapatan boleh guna rakyat kebanyakan dapat ditingkatkan sekali gus dapat membawa keluar golongan ini dari perangkap pendapatan pertengahan.
Chris merupakan salah seorang panelis dalam program Dialog Tiga Penjuru yang dihoskan oleh Luqman Hariz pada Khamis.
Untuk tontonan lanjut boleh dikuti di sini:
Syarikat korporat harus ada kebergantungjawaban sosial terhadap pengguna & pekerja - Chris Daniel Wong
Dialog Tiga Penjuru | Bergelut dengan inflasi pula?
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Inflasi
#korporat
#Chris Daniel Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan