KUALA LUMPUR:Pemilik perniagaan dan syarikat Malaysia berminat untuk menggunakan perkhidmatan awan hibrid, dengan 97 peratus daripada responden Malaysia dalam kaji selidik Nutanix Enterprise Cloud Index (ECI) mengenal pastinya sebagai model operasi yang ideal.
Pengurus Negara Nutanix Malaysia Avinash Gowda berkata pandemik global telah mempercepatkan penggunaan awan dalam kalangan syarikat dengan 88 peratus daripada responden di negara ini menyatakan COVID-19 telah menyebabkan teknologi maklumat (IT) dilihat lebih strategik dalam organisasi mereka.
"Sebanyak 67 peratus daripada responden Malaysia menyatakan mereka telah meningkatkan pelaburan mereka dalam awan awam, 58 peratus dalam awan swasta dan 51 peratus telah meningkatkan pelaburan awan hibrid mereka sebagai akibat langsung daripada pandemik," katanya pada taklimat media Nutanix ECI secara maya hari ini.
Avinash berkata ECI menunjukkan responden Malaysia telah menjalankan awan hibrid lebih sedikit daripada purata hari ini dengan kadar penembusan sebanyak 14 peratus, dan mereka menyasarkan untuk meningkatkan kepada 57 peratus dalam tempoh lima tahun.
"Syarikat Malaysia bukan hanya merancang untuk melaksanakan pendigitalan, mereka mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai dan menjalin kerjasama dengan mereka dalam perjalanan transformasi ini.
"Kebanyakan responden ECI, termasuk di Malaysia, menunjukkan bahawa mereka dalam proses peralihan kepada awan hibrid," katanya.
Dapatan ECI lain menunjukkan kos bukan faktor utama bagi syarikat memacu transformasi digital mereka berikutan matlamat untuk memodenkan infrastruktur IT adalah meningkatkan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan perniagaan.
"Responden mahu kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan sumber IT mereka. Mereka mahu dapat ditingkatkan dan memenuhi permintaan perniagaan dan menyokong pelanggan mereka. Oleh itu, penjimatan kos bukan satu-satunya faktor yang mendorong penggunaan awan," kata Avinash.
Menurut laporan, rakyat Malaysia menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkan fleksibiliti perniagaan, sokongan yang lebih baik untuk pelanggan, meningkatkan keselamatan, menyokong aplikasi yang tidak akan dikendalikan dengan mudah dalam persekitaran awan pihak ketiga dan sokongan kepada kerja jarak jauh.
Kebanyakan responden kaji selidik ECI menyatakan keselamatan dan tadbir urus yang berkaitan serta kebimbangan mengenai pematuhan antara faktor keputusan terbesar mereka dan cabaran terbesar dengan pengkomputeran awan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Pandemik global telah mempercepatkan penggunaan awan dalam kalangan syarikat dengan 88 peratus daripada responden di negara ini menyatakan COVID-19 telah menyebabkan teknologi maklumat dilihat lebih strategik dalam organisasi mereka. - Gambar fail

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

PKP lanjut atau tidak, pengumuman mengenainya dijangka esok - Azmin Ali
Ia akan diputuskan selepas dibincangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada petang Isnin.

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarzoky dihukum penjara kerana rasuah
Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan dua rakan sekutu perniagaanya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun yang mana dua daripadanya digantung kerana jenayah rasuah.

Putera Philip dipindahkan ke hospital lain selepas hampir dua minggu dirawat
Duke of Edinburgh yang berusia 99 tahun dipindahkan dari Hospital King Edward ke Hospital St Bartholomew.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat
![AWANI 7:45 [01/03/2021]: Retak menanti belah? | Jangan langkau giliran AWANI 7:45 [01/03/2021]: Retak menanti belah? | Jangan langkau giliran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893056/40992816981614603586966_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [01/03/2021]: Retak menanti belah? | Jangan langkau giliran
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - PM nasihat Agong bubar Parlimen, selepas tangani COVID-19. - Tindakan denda individu potong giliran dapatkan vaksin. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

AWANI Ringkas: Kes positif bawah 2,000, Johor rekod kes tertinggi | PKP dilaksana di Nabawan, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran

Asri Hamidon, Ralph Marshall dilantik terajui DNB - Kementerian Kewangan
Gabungan lantikan profesional merupakan kombinasi kemahiran dan pengalaman tepat membina, memiliki dan menguruskan rangkaian 5G Malaysia

AWANI Ringkas: Denda, kompaun untuk orang 'potong queue' | UMNO: Jangan bahas hala tuju parti

Syarikat Malaysia minat guna perkhidmatan awan hibrid - Kaji selidik
Pemilik perniagaan dan syarikat Malaysia berminat untuk menggunakan perkhidmatan awan hibrid, dengan 97 peratus daripada responden Malaysia dalam kaji selidik Nutanix Enterprise Cloud Index (ECI).