KUCHING: Syarikat penerbangan perlu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kenaikan harga tiket ke Sarawak, bagi membantu rakyat negeri itu pulang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 selain untuk musim cuti bulan hadapan, kata Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Timbalan Ketua Pemuda Fazzrudin Abdul Rahman Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata selain daripada itu, adalah diharapkan peningkatan kekerapan penerbangan ke Sarawak seperti diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini, juga akan membawa kepada penurunan harga tiket.
"Ini juga akan memastikan jumlah pengundi yang maksimum akan keluar ketika pilihan raya negeri, yang pada masa sama membantu memudahkan kepulangan pengundi untuk melaksanakan tanggung jawab demokrasi mereka.
"Kami juga ingin menasihati ke semua rakyat Sarawak yang pulang dan juga pelancong datang ke Sarawak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semakan Bernama di beberapa laman sesawang syarikat penerbangan yang mempunyai penerbangan laluan Kuala Lumpur (KUL)-Sarawak semalam menunjukkan, harga terendah bagi penerbangan sehala untuk laluan KUL-Kuching adalah RM1,299, KUL-Sibu (RM888) dan KUL-Miri (RM665).
Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan pengundian pada 18 Dis.
Sementara itu Fazzrudin berkata, adalah amat penting untuk terus mematuhi SOP COVID-19 bagi memastikan keselamatan pada waktu ramai yang keluar masuk Sarawak, dan walaupun kadar kes yang semakin menurun, ia tidak seharusnya menyebabkan orang ramai mula tidak mematuhinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Semua rakyat Sarawak yang pulang dan pelancong yang datang ke Sarawak dinasihat untuk terus mematuhi SOP. - Gambar hiasan
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.