awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
02:14 MYT
Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam
Musa bagaimanapun akan terus mengetuai Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) WIEF. - Foto WIEF
KUALA LUMPUR: Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mengumumkan persaraan Pengerusinya Tun Musa Hitam berkuat kuasa 1 Ogos, 2021, dalam satu kenyataan.
Musa memegang jawatan tersebut sejak awal penubuhan yayasan itu pada 2006.
Beliau digantikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar.
Musa bagaimanapun akan terus mengetuai Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) WIEF, menurut yayasan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.
Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Di bawah kepemimpinan Musa selama 15 tahun, Yayasan WIEF telah menganjurkan 13 forum tahunan di bandar-bandar utama, seperti London, Dubai, Astana, Jakarta, Islamabad, Kuwait dan Kuala Lumpur," kata WIEF.
"Yayasan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Musa atas sumbangan dan komitmen perkhidmatan yang tidak ternilai dan bimbingannya selama 15 tahun ini.
"Pelbagai pengalaman dan pandangan global beliau telah memberi kesan positif terhadap pertumbuhan dan kemajuan yayasan pada tahap strategik,” kata kenyataan itu.
Yayasan turut melantik Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (Gabenor Pulau Pinang) berkuat kuasa 16 Ogos.
Mohd Radzi adalah diplomat dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada akhir perkhidmatan awamnya pada 2013.
Topic Berkaitan
#Musa Hitam
#Syed Hamid Albar
#Yayasan WIEF
#Forum Ekonomi Islam Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan