awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syor PAC berhubung 1MDB dilaksana - Johari

Bernama
Bernama
25/05/2016
06:42 MYT
Syor PAC berhubung 1MDB dilaksana - Johari
Johari berkata, 1MDB telah memansuhkan Lembaga Penasihat seperti disarankan dan memindahkan anak-anak syarikat dan aset syarikat itu kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.
Kerajaan telah mengambil tindakan terhadap syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata ia termasuk menerima perletakan jawatan semua ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan pada April lalu.
"Kita mengambil serius terhadap syor PAC dan telah mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
"Kerajaan juga telah meminta pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) menyiasat pihak pengurusan yang menyebabkan kelemahan 1MDB. Suka saya jelaskan di dewan ini bahawa mana-mana pihak pengurusan dan pengarah apabila penyiasatan dilakukan oleh PDRM, jika terbukti ada kesalahan, tindakan akan diambil," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap syor PAC dalam laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April lepas.
Laporan itu mengandungi rumusan hasil siasatan PAC terhadap isu melibatkan syarikat pelaburan strategik negara itu termasuk syor antaranya meminta pihak berkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB serta Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan berserta Artikel 117 dalam Memorandum dan artikel syarikat itu.
Johari berkata, 1MDB telah memansuhkan Lembaga Penasihat seperti disarankan dan memindahkan anak-anak syarikat dan aset syarikat itu kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengenai status kemajuan dalam pelan rasionalisasi hutang 1MDB, Johari berkata setakat ini 1MDB telah menjelaskan kesemua hutang bank tempatan dan hutang jangka pendeknya.
"Penjualan aset seperti Edra Synergy telah selesai dan hasil sebanyak RM9.83 bilion telah digunakan untuk menyelesaikan kesemua pinjaman jangka pendek dalam bank-bank tempatan," katanya.
Topic Berkaitan
#1mdb malaysia
#1mdb news
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan