Kerajaan negeri bersetuju untuk menanggung kos bagi membawa pulang jenazah pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata insurans Nor Atikah Alias, 25, hanya meliputi kos perubatan hospital dan pengebumian di Rusia.
"Kalau jenazah hendak dibawa pulang ke Malaysia, insuransnya tidak akan tanggung," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan sxco di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.
Nor Artikah, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia, Moscow meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan
(4 petang waktu Malaysia) berikutan melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.
Ahmad Razif berkata jenazah dijangka tiba paling awal malam ini, namun bergantung kepada urusan dokumen pihak kedutaan Malaysia di Rusia.
BACA: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow bantu bawa jenazah Nor Atikah ke Malaysia
"Kos bagi membawa pulang jenazah ke Malaysia ialah RM10,000 dengan penerbangan Emirates dari Moscow, transit di Dubai sebelum ke Kuala Lumpur.
"Sebaik jenazah tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), kita akan menyambut dan menghantar jenazah bagi urusan pengkebumian di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan tempat keluarganya tinggal sekarang," katanya.
Ibu bapa Nor Atikah kini turut berada di Moscow.
Nor Artikah adalah antara 24 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran itu.
Ahmad Razif berkata beliau akan mewajibkan pelajar dari Terengganu yang menyambung pengajian ke luar negara supaya mengambil insurans.
Bernama
Wed May 06 2015
Insurans Nor Atikah Alias yang meninggal dunia akibat terbabit dalam kebakaran asrama di Rusia hanya meliputi kos perubatan hospital dan pengebumian di Rusia. - Gambar Fail
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.