KUALA LUMPUR:Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) rosak, terubat apabila menerima tablet sumbangan pendakwah terkenal Ebit Lew, baru-baru ini.
Haslinah Hassan, 40, yang tinggal di perumahan awam Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata anak sulungnya Muhammad Nur Izzat Ismail, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) begitu kecewa dan hampir hilang semangat untuk belajar selepas komputer yang dibeli Oktober lepas rosak.
Tiga lagi anak Haslinah ialah Putri Nur Alya Batrisyia, sembilan tahun, Putra Nur Irfan Basir, tujuh tahun dan Putra Nur Izzuddin Yusuf, tiga tahun. Anak kedua dan ketiganya mengikuti program PPKI di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif manakala anak bongsunya dihantar ke pusat pemulihan dalam komuniti San Peng.
"Tiga anak saya yang bersekolah begitu meminati bidang teknologi dan Internet. Selepas desktop rosak mereka hanya belajar menggunakan telefon bimbit saya dan saya akan ambil kerja sekolah masing-masing dari sekolah mereka.
BACA: 'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
"Pada Khamis saya lihat hantaran di akaun Facebook Ebit Lew bahawa dia membeli 100 buah tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas dalam talian. Sekitar 6 petang Khamis saya menulis di ruangan komen hantaran Lew. Saya katakan tentang keadaan anak saya dan tiga daripada mereka bersekolah. Saya juga memohon agar boleh dapat satu tablet," katanya.
Haslinah berkata 45 minit selepas menulis di ruangan komen pada hantaran tersebut, beliau dihubungi pasukan Lew untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dirinya dan pada kira-kira 9.30 malam hari yang sama petugas Lew menghantar tablet itu ke rumahnya.
Lebih menggembirakannya seorang hamba Allah turut menyumbangkan sebuah komputer riba pada Jumaat dan Haslinah menyifatkan tablet sumbangan Ebit Lew dan komputer riba itu umpama 'talian hayat' kepada tiga anaknya untuk bersemangat belajar dengan mengikuti PdPR memandangkan beliau tidak mampu untuk mendapatkan peranti elektronik baharu untuk mereka.
Ini kerana Haslinah yang menjadi ibu tunggal sejak 2019, merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dan turut menghidap ADHD. Keadaan keempat-empat anaknya menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dan pendapatan beliau kini hanyalah elaun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, bantuan Baitulmal dan sumbangan orang ramai.
"Saya terharu dengan sumbangan Ustaz Ebit Lew dan akan pastikan peranti ini digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Menurut Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing boleh menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu.
Sementara itu, hantaran Lew mengenai 100 tablet yang dibelinya untuk diberi kepada pelajar yang memerlukan dikongsi lebih 22,000 pengguna Facebook setakat petang ini. Lew dalam posting Facebook seterusnya memberitahu dalam masa separuh hari beliau menerima 43,000 pesanan daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak masing-masing mengikuti PdPR.
"Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan bergaji kecil. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi," kata Lew dalam hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021
Menurut Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing boleh menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
Pengeluaran tablet susut 10.3% sepanjang 2023, iPad memegang 40% pasaran
Sepanjang 2023, pengeluaran tablet susut 10.3% berbanding 2022.
TikTok kini menyokong tablet, peranti skrin boleh lipat
Pada kedua-dua peranti ini, TikTok menyokong ciri orientasi menegak dan juga melintang.
MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40
Sebanyak 400 komputer riba serta tablet diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi Program MARACare.
Huawei Malaysia sumbang tablet bantu pelajar ikuti pembelajaran dalam talian
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Huawei Malaysia.
Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan
Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.
Terima 42,000 permintaan tablet kurang sehari - Ebit Lew
Pendakwah bebas, Ebit Lew mendedahkan pihaknya menerima permohonan lebih daripada 42,000 unit tablet dalam tempoh sehari selepas membuat tawaran kepada pihak yang memerlukan, baru-baru ini.
Ops Catut : 180 premis jual alat elektronik diberi notis NPMB
Notis tersebut dikeluarkan sehingga semalam menerusi Ops Catut 8.0 (Kelengkapan Elektronik dan Komunikasi) yang bermula 25 Januari 2021 hingga 7 Februari depan.
Tablet sumbangan Ebit Lew 'talian hayat' untuk tiga pelajar autisme
Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibeli untuk tiga anaknya tiga tahun lepas rosak, terubat apabila menerima tablet sumbangan Ebit Lew.
'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.