Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa bersedia dengan sebarang proses naik taraf termasuk penggunaan Sistem Haji Pintar yang akan digunakan kerajaan Arab Saudi bermula tahun ini.
Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata satu pasukan khas sememangnya sudah diwujudkan untuk melakukan semua persediaan yang diperlukan bagi tujuan itu.
"Kita sentiasa mengalu-alukan dan menyokong sebarang usaha dalam menaik taraf kemudahan jemaah haji oleh Arab Saudi dan bagi penggunaan sistem Haji Pintar, kita sudah tahu serta melakukan pelbagai persediaan bagi melancarkan urusan ketika di Malaysia dan Arab Saudi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 di sini hari ini.
Beliau berkata antara elemen sistem itu ialah melaksanakan pemeriksaan pasport menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) berbanding secara manual yang diamalkan ketika ini.
"Sistem ini bakal mengurangkan masa menunggu di lapangan terbang dari dua jam, malah ada hingga 18 jam seperti sekarang kepada 30 minit," katanya.
Dalam masa sama, kerajaan Arab Saudi turut merancang melaksanakan visa E-Haj di seluruh dunia mulai tahun ini, selepas kejayaan projek perintis di Malaysia.
"Ia juga penghargaan dan pengiktirafan kepada jemaah haji Malaysia apabila dipilih untuk dijadikan kumpulan perintis menguji Sistem Bukti Konsep (POC) bagi pelepasan awal sebelum berangkat ke Arab Saudi.
"Malah latihan dan pengurusan haji serta disiplin yang dipamerkan jemaah turut membawa kepada penarafan 9.5 daripada 10 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada Tabung Haji dan saya harap ia berterusan," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Abdul Azeez memohon semua bakal jemaah agar menjawab surat tawaran menunaikan haji dalam kadar segera berikutan TH perlu menyerahkan segala dokumen berkaitan dan permohonan visa sebelum ramadan ini.
"Kita perlu masukkan nama jemaah dengan segera dalam sistem bagi memudahkan urusan visa seperti mana yang ditetapkan perundangan Arab Saudi.
"Ini juga akan memudahkan kita untuk mengetahui daripada 30,280 jumlah jemaah yang ditawarkan, menerima tawaran menunaikan haji sebelum membuka tawaran kepada mereka yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 25 2018
Latihan dan pengurusan haji serta disiplin yang dipamerkan jemaah turut membawa kepada penarafan 9.5 daripada 10 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada Tabung Haji.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.