awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung persaraan LTAT dijamin kerajaan - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
17/01/2022
06:51 MYT
Tabung persaraan LTAT dijamin kerajaan - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: "Saya akan beri perhatian penuh kepada cadangan pindaan ini sehingga ia lulus dan dilaksanakan. Ini jaminan saya."- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan tabung persaraan yang diuruskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Jelasnya, cadangan dasar pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera itu telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet secara prinsip.
"Kita tahu, caruman-caruman di bawah KWSP dan KWAP, tabung persaraan pekerja dan penjawat awam semuanya dijamin kerajaan. Begitu juga tabung simpanan di Tabung Haji dan PTPTN.
"Sebagai wira dan wirawati negara, tiada sebab mengapa tabung saudara saudari tidak boleh mendapat layanan yang sama.
"Justeru, hari ini, sukacitanya saya ingin umumkan, buat pertama kali sejak hampir 50 tahun LTAT mula diwujudkan, tabung persaraan yang diuruskan di LTAT akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan," jelasnya.
Tambah Hishammuddin, cadangan pindaan itu akan dibawa ke sesi Parlimen untuk diluluskan.
"Untuk makluman, saya sendiri sudah bentangkan cadangan dasar pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera di Mesyuarat Kabinet minggu lepas dan Kabinet telah memberi kelulusan secara prinsip.
"Langkah seterusnya, ia akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda pada tahun ini juga. Saya akan beri perhatian penuh kepada cadangan pindaan ini sehingga ia lulus dan dilaksanakan. Ini jaminan saya," jelasnya.
Jelasnya lagi, jika pindaan itu dapat dilaksanakan, ia dapat memelihara tabung persaraan setiap warga kementerian terbabit.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Menteri kanan Pertahanan di Kem Sungai Besi pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Lembaga Tabung Angkatan Tentera
#Tabung Persaraan LTAT
#Hishammuddin Hussein
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan