awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/03/2025
06:45 MYT
Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa tertusuk besi di pipi kanan hingga ke kepala dalam kemalangan di Kampung Bukit Hangus, Jeneri. -Foto JBPM
SIK: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam apabila tertusuk besi di pipi kanan hingga ke bahagian atas kepala selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, di sini pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki tertusuk besi di pipi kanan hingga ke kepala dalam kemalangan di Kampung Bukit Hangus, Jeneri.
  • Mangsa dibawa ke Hospital Sik dan pihak bomba membantu memotong besi yang tertusuk menggunakan peralatan khas.
  • Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.29 pagi.
“Mangsa berjaya di bawa ke Hospital Sik dengan bantuan ambulans Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM).
"Pihak hospital kemudian terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong besi yang tertusuk di pipi mangsa.
"Berikutan itu, sepasukan anggota dari BBP Sik seramai tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Mangsa mengalami kecederaan selepas besi tercucuk di bahagian pipi kanan hingga ke kepala sepanjang 0.9 meter," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Jamil berkata, mangsa yang berusia 55 tahun itu dilaporkan dalam keadaan sedar ketika operasi dilakukan.
"Pihak Bomba berjaya memotong besi sepanjang 0.6 meter dengan menggunakan peralatan khas 'Power Unit Lukas' namun masih terdapat besi 0.3 meter besi pada wajah mangsa yang memerlukan pembedahan susulan.
"Mangsa masih dirawat di Hospital Sik dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Topic Berkaitan
#kepala tertusuk besi
#Kampung Bukit Hangus
#Hospital Sik
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan