awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan reman suspek kes kelar isteri, bayi disambung

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
11/07/2022
03:10 MYT
Tahanan reman suspek kes kelar isteri, bayi disambung
Suspek yang kelihatan tenang sebaik turun dari trak polis itu tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.30 pagi. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Tempoh tahanan reman seorang lelaki yang disyaki mengelar leher isteri dan bayinya sampai mati di sebuah rumah dekat Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, disambung tujuh hari.
Perintah reman yang tamat hari ini, dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Suhaila Shafiuddin selepas polis membuat permohonan lanjutan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Isnin.
Suspek yang kelihatan tenang sebaik turun dari trak polis itu tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.30 pagi.
Suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal itu disyaki membunuh isterinya, 26, dan bayi lelakinya berusia 3 bulan di sebuah rumah dekat Kampung Bakar Batu, Johor Bahru pada Isnin lepas.
BACA: Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Dia ditahan di Permas Jaya, Johor Bahru beberapa jam selepas melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal.
Terdahulu pada Sabtu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, seramai 11 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan berikutan insiden itu.
BACA: Kelar isteri dan bayi: 11 individu diambil keterangan
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#reman
#kelar
#isteri
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan