KUALA LUMPUR: Terdapat pelarian Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dikesan berada di sekitar Selayang dan usaha mengesan lokasi sebenar tahanan terbabit edang dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang masih bebas dipercayai mahir selok-belok kawasan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana pernah bekerja dan berada di sini sebelum ini.
"Orang tempatan mungkin tidak membantu mereka, tetapi komuniti mereka di sini terdapat kemungkinan sangat tinggi membantu tahanan itu," katanya kepada pemberita selepas serbuan Imigresen di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini seramai 61 tahanan masih bebas.
Dalam kejadian pada 20 April lepas, 528 tahanan di depot tersebut merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripadanya maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Mengulas Operasi Belanja di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini, Khairul Dzaimee berkata seramai 248 pendatang tanpa izin ditahan susulan aduan dan rungutan orang ramai mengenai warga asing berniaga secara haram di tepi jalan berhampiran pasar itu.
Khairul Dzaimee berkata daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 205 adalah lelaki manakala baki 43 adalah wanita.
"Daripada 248 itu, 109 orang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 139 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah terdiri daripada warga Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh," katanya.
Beliau berkata Imigresen turut mengesan tiga warga Pakistan mempunyai kad UNHCR walaupun negara itu bukan negara yang tersenarai untuk penggunaan kad terbabit.
"Semakan mendapati kad berkenaan tulen. Kami akan melakukan siasatan lanjut bagaimana tiga warga Pakistan itu boleh mempunyai kad UNHCR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang masih bebas dipercayai mahir selok-belok kawasan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana pernah bekerja dan berada di sini sebelum ini. - Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).