Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma maut ketika dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam di sini, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.
"Tahanan tersebut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam tadi oleh pegawai perubatan di hospital tersebut.
"Proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berikutan kejadian itu, Mazlan berkata pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan lokap, semua tahanan dan petugas lokap berpusat itu hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
Mazlan berkata, tahanan disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam tadi. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan komited tambah baik SOSMA - Muhyiddin
Keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini.
SOSMA menafikan hak perbicaraan adil bagi tertuduh
Perbincangan umum mengenai SOSMA ini tidak banyak menyentuh pada kesan SOSMA apabila seseorang tertuduh itu dituduh di Mahkamah dengan mana-mana kesalahan keselamatan.
Tahanan Sosma maut dalam lokap
Lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.