awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2022
01:00 MYT
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul
Datuk Mohd Azlan Suhaimi berkata, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.
Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi berkata, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.
"Kami difahamkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut malah laporan perubatan juga telah diberikan pihak hospital mengenai kecederaan dialami oleh mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang di Facebook Pematap pada Isnin.
Kecederaan di kaki kiri dialami mangsa selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian
Kecederaan di kaki kiri dialami mangsa selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian
Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai tahfiz tersebut yang telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.
Susulan tersebut katanya, mangsa telah ke rumah salah seorang yang terlibat untuk menasihati dan memberi teguran sebelum dimaki hamun, diserang, ditumbuk, dihalau, ditolak serta dipukul sehingga mendatangkan kecederaan.
Dalam pada itu, Mohd Azlan berharap pihak berkuasa bertindak sewajarnya kerana ia membahayakan pihak maahad tahfiz berkenaan.
Katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan supaya perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pendakwah terkenal
#pengetua maahad tahfiz
#Kampung Sri Kinta
#dipukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan