awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah rakyat Sabah - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2020
08:04 MYT
Tahniah rakyat Sabah - Abang Johari
Abang Johari mendoakan agar Sabah dan rakyatnya terus maju di masa hadapan . FOTO: BERNAMA
KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat negeri Sabah yang memilih kerajaan baharu menerusi Pilihanraya Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung pada Sabtu.
Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menzahirkan ucapan sama kepada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kejayaan diraih menerusi proses demokrasi itu.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapakan tahniah kepada rakyat Sabah yang berjaya memilih kerajaan mereka melalui proses demokrasi dan saya mendoakan agar Sabah terus maju di masa hadapan.
“Apa yang penting negara kita mempunyai landskap politik yang stabil supaya mandat yang diberikan rakyat dapat digunakan sebaik-baiknya,” kata Abang Johari.
Selain itu, Abang Johari juga mengulangi pendiriannya menyerahkan urusan berkaitan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan satu majlis dan sekretariatnya dibawah Datuk Maximus Ongkili berhubung perkara ini.
“Kita tengoklah nanti bagaimana proses berkaitan tuntutan yang belum selesai akan dimuktamadkan tetapi sebenarnya beberapa perkara berkaitan telah selesai,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita ketika menghadiri sesi dialog usahawan muda bersama Ketua Menteri pada Majlis Sunday Morning di Kuching pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Sabah
#Gerakan Rakyat Sabah
#GRS
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#PRN Sabah
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan