awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta
AKPS KLIA rampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM10,000
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taib Mahmud harap hubungan dengan media jadi akrab

Bernama
Bernama
22/02/2014
00:00 MYT
Taib Mahmud harap hubungan dengan media jadi akrab
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berharap hubungannya dengan pihak media bertambah akrab selepas beliau berundur daripada jawatannya penghujung bulan ini.
Berucap kepada wakil media di pejabatnya di Wisma Bapak Malaysia di sini hari ini, beliau berkata setakat ini pihak media mungkin hanya melihat 'sebahagian daripada dirinya yang sebenar' dan berharap mereka akan dapat melihat sisi lain dirinya kelak.
"Saya tidak tahu apa pandangan media terhadap saya atau bagaimana mereka melihat saya. Anda mungkin telah melihat sebahagian daripada diri saya yang sebenar, tidak sisi lain saya. Anda tidak berkesempatan bertemu saya dalam suasana dan persekitaran yang santai.
"Oleh itu diharap kamu akan dapat merasainya kemudian," katanya.
Semasa menjelaskan mengenai dirinya, Taib berkata beliau perlu bersikap profesional dalam hubungannya dengan pihak akhbar pada masa lepas dengan matlamat utama supaya dasar-dasar kerajaan difahami.
"Tetapi saya fikir apabila saya terlalu sibuk dengan kerja, saya fikir reaksi saya kepada wakil media ialah sebagai pihak yang mengambil berita dan saya menyampaikan berita itu.
"Saya fikir saya tiada peluang membuat benda-benda lain, bagaimanapun saya melihat pihak akhbar adalah baik, mereka memahami. Oleh itu terima kasih banyak-banyak kerana kamu memahami...bagi saya tiada lebih baik daripada perhubungan ini," katanya sebelum menamatkan sidang akhbar terakhir beliau selaku Ketua Menteri.
Topic Berkaitan
#akrab
#Media
#Tan Sri Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan