awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taktik terbaharu 'scammer' dikesan, orang ramai digesa berwaspada

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/05/2022
01:15 MYT
Taktik terbaharu 'scammer' dikesan, orang ramai digesa berwaspada
Datuk Rohaimi Md Isa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi terbaharu 'scammer'. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik licik 'scammer' yang menggunakan nama Ketua Polis Negeri Terengganu untuk memerangkap mangsa bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah.
Taktik itu dibongkar selepas pihak polis mengesan satu notis tangkapan kononnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatsApp.
Justeru itu Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi terbaharu 'scammer'.
Katanya setakat ini satu laporan polis telah diterima berhubung kegiatan berkenaan.
"Pada minggu lalu telah dapat beberapa mangsa yang membuat laporan menerima surat amaran daripada Ketua Polis Terengganu kononnya saya dalam bentuk mengugut akan mengambil tindakan dan membuat tangkapan segera terhadap subjek yang kononnya telah berhutang dan terlibat dalam pengubahan wang haram.
"Bagaimanapun itu, seperti kita sedia maklum, penipuan semata-mata iaitu percubaan penjenayah untuk dapatkan wang secara mudah," katanya.
Menurut Rohaimi kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada rakan dan kenalan pegawai polis.
Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu akan berulang dan lebih berani kerana dilakukan secara maya.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya merujuk kepada balai polis berdekatan jika menerima sebarang notis berbentuk sedemikian.
Topic Berkaitan
#scam
#mangsa
#PDRM
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan