awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
02:20 MYT
Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini
LHDN memaklumkan tempoh permohonan dan kemas kini BPR 2021 bermula dari 15 Januari sehingga 15 Februari depan.
KUALA LUMPUR:Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin (18 Januari), sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, pelanggan dinasihatkan menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan sekiranya mempunyai pertanyaan dan masalah berkaitan dengan BPR.
“Buat masa ini, semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.
“Pelanggan juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemas kini maklumat BPR,” demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas kenyataan itu lagi, pendaftaran MyBPR boleh dibuat menerusi pautan https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf.
Manakala bagi permohonan baharu dan kemaskini pula di https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf.
Sebelum ini, LHDN memaklumkan tempoh permohonan dan kemas kini BPR 2021 bermula dari 15 Januari sehingga 15 Februari depan.
Topic Berkaitan
#LHDN
#BPR
#bantuan prihatin rakyat
#COVID-19
#PKP
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan