awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara

Bernama
Bernama
19/12/2022
21:15 MYT
Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara
15 kawasan pendakian yang ditutup sementara bagi sebarang aktiviti pendakian termasuk Gunung Jerai, Gunung Kemerlong, Bukit Perak. - Foto fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Semua Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditutup sementara sepanjang musim tengkujuh bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Pengarah Perhutanan Kedah Muhamad Abdullah berkata penutupan itu dibuat hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak, melibatkan 10 TER termasuk Taman Negeri Ulu Muda serta 15 kawasan pendakian di negeri ini yang dilihat berisiko tinggi untuk berlakunya kejadian seperti tanah runtuh dan kepala air.
"TER dan HTN yang ditutup adalah di bawah pengurusan JPNK, melibatkan TER Bukit Wang di Kubang Pasu; TER Puncak Janing (Padang Terap); TER Sungai Teroi (Yan); TER Lata Mengkuang (Sik); TER Sungai Rambai (Pendang); TER Tupah (Kuala Muda); TER Bukit Hijau dan TER Lata Bayu (Baling); TER Ulu Paip (Kulim) serta Taman Negeri Ulu Muda," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata 15 kawasan pendakian yang ditutup sementara bagi sebarang aktiviti pendakian pula ialah Gunung Jerai, Gunung Kemerlong, Bukit Perak, Bukit Enggang, Bukit Saiong, Gunung Bintang, Bukit Besar Kulim, Bukit Batu Merah dan Bukit Fakir Terbang.
Selain itu, Bukit Air Terjun Lebai Husin, Bukit Kilim, Gunung Matchinchang, Bukit Selat Panchor, Gunung Raya (Tangga Helang Seribu) dan Bukit Batu Licin (Pulau Tuba).
Dalam pada itu, Muhamad berkata sejumlah 10 TER di Kedah yang diswastakan kepada operator tidak terlibat dalam penutupan sementara itu, bagaimanapun pihak syarikat operator terlibat dinasihatkan untuk turut memberhentikan sementara pengoperasian.
Menurutnya TER yang diswastakan itu ialah TER Pasir Tengkorak, TER Telaga Tujuh, TER Air Terjun Temurun; TER Tasik Dayang Bunting dan TER Gua Cherita di Langkawi; TER Seri Perigi, TER Batu Hampar dan TER Titi Hayun di Yan; TER Perangin Sik serta TER Sungai Sedim di Kulim.
"Tanggungjawab bagi menjaga keselamatan pengunjung di TER yang telah diswastakan tertakluk kepada pihak operator. JPNK berharap agar pengunjung mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh jabatan itu untuk keselamatan semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#taman eko rimba
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan