MANJUNG: Perak bakal mewujudkan Taman Industri Halal pertamanya, Perak@Lekir (Perak HIP), dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM1 bilion, sekali gus menjadi nadi ekonomi baharu negeri.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek yang dilaksanakan menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2025, membabitkan keluasan tanah 43 hektar dengan tiga fasa pembangunan.
"Fasa pertama RM100 juta merangkumi pembangunan infrastruktur yang dijangka siap pada 2024.
".. ia dibangunkan sepenuhnya oleh PPPNP dan projek ini bakal menjadi nadi ekonomi baharu negeri ini selain berperanan sebagai platform bagi pengusaha dan pemilik perniagaan halal untuk memasarkan produk mereka ke pasaran global," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata Perak HIP adalah kesinambungan daripada program lembu tempatan dilaksanakan oleh Perak SADC sejak 2022 dan bakal menyediakan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain peluang projek untuk kontraktor G1 Bumiputera.
Ia bakal dilengkapi pusat pemprosesan daging, kompleks penyembelihan dan pemprosesan, pusat kajian dan pembangunan daging halal, pusat pemprosesan ayam serta kilang pemprosesan makanan haiwan.
Terdahulu, Saarani menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perak HIP di Lekir di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC Yahanis Yahya.
Saarani berkata projek pembangunan itu, yang terletak di lokasi strategik dan dilengkapi fasiliti canggih, bakal mendorong pertumbuhan inovasi sekali gus menarik pelabur untuk terlibat secara langsung.
"Perak HIP adalah contoh terbaik bagaimana negeri ini berusaha untuk membangunkan industri halal yang kukuh dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang komprehensif dan infrastruktur yang menyokong pertumbuhan pesat dalam sektor ini.
"Perak SADC juga komited untuk melabur sejumlah RM20 juta dalam tempoh dua tahun pertama yang antaranya untuk pembinaan jejambat bagi menghubungkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) terus kepada Perak HIP bagi memastikan kelancaran logistik," katanya.
Dalam majlis sama, turut diadakan penyerahan replika cek bernilai RM20 juta daripada Agrobank kepada Perak SADC bagi membiayai para peserta yang terlibat dalam Perak HIP.
Turut berlangsung penyerahan surat sokongan daripada Maybank Islamic Berhad dan Perak SADC serta pemeteraian memorandum usaha sama antara Perak Agro Farm Sdn Bhd, Ladang Lekir Sdn Bhd dan Eurofresh Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Saarani (kiri) melawat reruai berkaitan pelan susunatur pembangunan pada Majlis Pecah Tanah Taman Industri Halal Perak @ Lekir hari ini. - Foto BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Taman Industri Halal Perak HIP nadi ekonomi baharu negeri - Saarani
Perak bakal mewujudkan Taman Industri Halal pertamanya, Perak@Lekir (Perak HIP), dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM1 bilion.