Di sebalik hiruk-pikuk ibu kota, tersembunyi khazanah alam kira-kira 5,000 batang pokok hutan hujan daripada 230 spesies tempatan, menawarkan kedamaian kepada pengunjung sehingga boleh terlupa hutan hujan tropika itu terletak di tengah-tengah kota metropolitan.
Berkedudukan tidak jauh dari bangunan Parlimen, monumen Tugu Negara serta ibu pejabat polis Bukit Aman, Taman Tugu ini menawarkan bunyi unggas dan mergastua rimba yang saling bersahutan, menenggelamkan bingit kesesakan lalu lintas.
Ketua Penjenamaan dan Komunikasi Taman Tugu Tracey Surin berkata berkeluasan 27 hektar, hutan hujan tropika yang terletak kira-kira lima kilometer dari mercu tanda Menara Berkembar Kuala Lumpur itu menyediakan laluan hutan pejalan kaki sejauh lima kilometer (km) untuk warga kota dan pengunjung beriadah.
Menurutnya hutan itu menjadi tumpuan warga kota sekalipun ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung seminggu.
"Kami membuka semula taman ini pada 8 Mei, empat hari selepas PKP Bersyarat diumumkan. Pembukaan semula adalah mengikut prosedur operasi standard seperti memastikan jarakan sosial, pemeriksaan suhu dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
Menurutnya denai pejalan kaki juga diubah arah bagi memisahkan jalan masuk dan keluar, selain menambah papan tanda sebagai pandu arah dan peringatan kepada pengunjung.
Tracey berkata bagaimanapun hanya denai utama berjarak tiga km, 'nursery trail' berjarak satu km, kemudahan parkir kereta dan tandas dibuka pada waktu ini manakala aktiviti seperti zumba dan yoga yang dianjurkan secara mingguan sebelum ini, dihentikan buat sementara waktu bagi mengelak perhimpunan ramai.
Menjelas lanjut, Tracey berkata pihaknya juga akan menambah laluan sepanjang dua km, kemudahan surau, kuil Hindu, kawasan aktiviti luar serta ruang acara secara berperingkat.
Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat diterajui Khazanah Nasional Berhad dan dibuka kepada umum secara berfasa pada September 2018, bertujuan memulihara dan memelihara kawasan hijau di tengah ibu kota.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menyifatkan projek berkenaan sebagai antara bukti bahawa ibu negara berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran bandar raya hijau.
"Dalam perancangan masa depan juga kita mahu menumpukan pada kawasan hijau," katanya yang berharap taman itu akan menjadi antara tarikan utama pelancong, khususnya pelancong asing yang gemarkan kedamaian hutan serta mengenali spesies pokok tempatan seperti jelutong, tembusu, pulai dan gaharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 26 2020
Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) diterajui Khazanah Nasional Berhad dan mula dibuka kepada umum secara berfasa pada September 2018. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.
179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang 2023.