awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah kuasa beli rakyat dalam pembangunan lestari - Azmin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/09/2019
05:29 MYT
Tambah kuasa beli rakyat dalam pembangunan lestari - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata menerusi aktiviti pertanian moden juga, Malaysia mampu meningkatkan taraf hidup rakyat agar lebih baik. - Gambar fail
Menambah baik kuasa beli rakyat menjadi antara fokus Kerajaan pada ketika ini seiring pembangunan lestari dalam menangani masalah kemiskinan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata menerusi aktiviti pertanian moden juga, Malaysia mampu meningkatkan taraf hidup rakyat agar lebih baik.
“Memandangkan Malaysia tetap teguh dengan komitmennya untuk mencapai pembangunan mampan bagi semua rakyat dalam menangani kemiskinan, pendekatan yang sama akan diambil dalam semua bidang ekonomi.
“Ia termasuk dengan memperkukuh asas-asas ekonomi sedia ada untuk meningkatkan daya beli dan menyediakan kualiti hidup yang lebih baik menjelang 2030, dimana kekayaan negara dikongsi dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program sampingan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertajuk ‘Pengawasan Persekitaran dalam Menangani Kemiskinan bagi Mencapai Pembangunan Lestari untuk Semua’ di ibupejabat badan dunia itu di sini, pada Khamis.
Jelasnya, Malaysia kini sedang melakukan penyelarasan semula struktur hala tuju ekonomi dimana tumpuan yang lebih besar akan diberikan untuk meningkatkan sektor pertanian sambil mengekalkan momentum dalam sektor pertumbuhan perindustrian.
Malah, katanya sektor pertanian akan menjadi sangat penting dalam usaha negara memacu ekonomi Malaysia ke peringkat seterusnya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#Malaysia
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Mohamed Azmin Ali
#PBB
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan